Dari Mahkamah Tinggi Ipoh ke Mahkamah Majistret Ipoh
Assalamualaikum.
Awalnya saya memang tahu yang saya akan ditukarkan ke mahkamah lain tapi saya tak sangka pula ditukarkan hanya ke seberang jalan. Apa pun Alhamdulilah syukur pada Allah kerana mempermudahkan perjalanan karier saya selama ini.
Sebelum official TO keluar, saya ada dapat panggilan dari Palace of Justice (POJ) yang kata saya akan ditukarkan. jadi saya request kalau boleh nak balik kampung dekat Seremban. Masa tu orang POJ kata, mungkin boleh ke Butterworth atau Bukit Mertajam. So, dalam kepala otak saya duk fikir, alahai mesti kena kat belah belah Penang ni.
Seminggu sebelum TO keluar, POJ call sekali lagi dan kali ni dia bagi hint macam saya kena tukar dekat dekat Perak jugak. Huhu. Sekali bila keluar TO, tudiaaaaaa nama saya naik kat mahkamah depan ni ja. :)
Happy sangat! Sebab, After a long stormy and rainy days, Allah telah mula turunkan sedikit demi sedikit kegembiraan untuk saya. Syukran Ya Allah.
Saya janji akan jalankan tanggungjawab saya sebaik yang mungkin. Dengan penuh amanah dan dedikasi, InsyaAllah.
Ipoh High Court
No comments:
Post a Comment