Hari ni tetiba rasa nak menulis tentag isu jodoh pulak. Seperti yang kita tahu jodoh kita Allah dah tulis masa kita masih didalam kandungan ibu kita seawal 4 bulan. Tapi semua ini tak bermaksud kita tak perlu mencari jodoh kita. Usaha itu perlu dan wajib! Usaha yang diredhai dan diberkati Allah. Berusaha untuk mendapatkan calon yang baik, yang kuat agama dan akhlaknya, sebagaimana saranan Nabi s.a.w dalam hadith2 baginda. Begitu juga, berusaha untuk memperbaiki diri dari segi zahiriah dan batiniah untuk menjadi bakal suami atau isteri yang baik. Demikian juga dengan berusaha membina kewangan dan sebagainya
Kita ni tak bolehla duk tunggu je jodoh kita datang. Macam tunggu bulan jatuh ke riba. Mengharapkan jodoh kita segera tiba di muka pintu adalah tindakan yang salah. Kita nak makan pun kena usaha, kan? Nak duit kena cari jugak. Kiranya apa apa pun semuanya kena usaha. Begitu juga jodoh. Asbab kita berusaha , dapatlah jodoh. Walaupun hakikatnya, memang Allah sudah tetapkan jodoh tersebut.
Ada sesetengah orang duk kata haram bercinta cintun ni dan macam macam lagi la. Betul la apa dia kata tu. Bercinta ni boleh mendekatkan dengan zina. Tapi kan kalau kita tak luahkan perasaan yang kita berkenan dekat seseorang, macam mana sidia nak tahu? kalau gitu sampai ke sudah la tak dapat apa kan?
Berkawan tak semestinya perlu bercinta. Tak juga bermaksud perlu ucapkan I Love You, I Miss You etc. Sesi bertaaruf itu perlu! Tapi nak tak nak kena juga berterus terang yang kita ni suka dekat dia dan ingin menjadikan sidia yang halal untuk kita. Ni main main tarik tali memang sesiapa pun tak nak kat kita. Sudah tentu sidia jadi tak yakin dengan kita kalau kita buat camtu.
Bila dah luahkan pada sidia isi hati kita, walaupun kita tak ada apa apa declaration dengan sidia, tolonglah belajar jaga hati orang yang kita nak buat suami atau isteri tu. Jangan sesekali mainkan perasaan dia. Ye la, dah luahkan semua bagai pastu hati dia pulak berbolak balik. Mainan syaitan sungguh. Kalau rasa tak nak dengan sidia janganlah beri harapan atau approach dia kata nak kawan lebih jauh la nak masuk minang la nak bawa mak bapak kenal la blablabla. Sakit hati tau bila dibuat mcmtu! jadinya bila dah rasa sidia yang terbaik untuk kita, jangan sesekali beri peluang dan buka pintu hati kita untuk lelaki atau wanita lain.
Tetapi kita kena ingat satu perkara..
“Tanpa minat, suka dan sayang.. Kita tidak akan CINTA pada seseorang itu. Dan ingatlah juga, perasaan minat, suka dan sayang ini adalah perlu kita hamburkan sepenuhnya terhadap ALLAH sebelum kepada manusia..”
Kita berkenalan secara tak sengaja
adalah perancangan Allah...
Kita berkawan begitu lama bertahan persahabatan kita pun
Allah yang rancang..
kita dikurniakan rasa suka antara satu sama lain juga
... Allah yang beri..
kita masih bersama walau banyak dugaan menimpa,
Allah yang aturkan..
kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan juga kerana
Allah sayang pada kita..
kita berjauhan untuk mencapai redhaNya juga
Dia yang rancang...
kita berdoa untuk kebahagiaan masing masing juga
Allah yang detikkan dalam hati kita..
dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan berkekalan
sehingga ke syurga atau terputus di tengah jalan juga
ALLAH yang akan tentukan...
jadi, usah risau..
andai kamulah jodoh yang ditetapkan Allah di Luh Mahfuz untuk saya...
InsyaAllah kita akan bertemu juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...
- Indahkan perancangan Dia -
Dia yang rancang...
kita berdoa untuk kebahagiaan masing masing juga
Allah yang detikkan dalam hati kita..
dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan berkekalan
sehingga ke syurga atau terputus di tengah jalan juga
ALLAH yang akan tentukan...
jadi, usah risau..
andai kamulah jodoh yang ditetapkan Allah di Luh Mahfuz untuk saya...
InsyaAllah kita akan bertemu juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...
- Indahkan perancangan Dia -