Atie Diana

Atie Diana

Monday, 3 December 2012

Cinta itu dapatnya dengan usaha. Usaha yang dibenarkan olehNya.

Assalamualaikum.

Hari ni tetiba rasa nak menulis tentag isu jodoh pulak. Seperti yang kita tahu jodoh kita Allah dah tulis masa kita masih didalam kandungan ibu kita seawal 4 bulan. Tapi semua ini tak bermaksud kita tak perlu mencari jodoh kita. Usaha itu perlu dan wajib! Usaha yang diredhai dan diberkati Allah. Berusaha untuk mendapatkan calon yang baik, yang kuat agama dan akhlaknya, sebagaimana saranan Nabi s.a.w dalam hadith2 baginda. Begitu juga, berusaha untuk memperbaiki diri dari segi zahiriah dan batiniah untuk menjadi bakal suami atau isteri yang baik. Demikian juga dengan berusaha membina kewangan dan sebagainya

Kita ni tak bolehla duk tunggu je jodoh kita datang. Macam tunggu bulan jatuh ke riba. Mengharapkan jodoh kita segera tiba di muka pintu adalah tindakan yang salah. Kita nak makan pun kena usaha, kan? Nak duit kena cari jugak. Kiranya apa apa pun semuanya kena usaha. Begitu juga jodoh. Asbab kita berusaha , dapatlah jodoh. Walaupun hakikatnya, memang Allah sudah tetapkan jodoh tersebut.

Ada sesetengah orang duk kata haram bercinta cintun ni dan macam macam lagi la. Betul la apa dia kata tu. Bercinta ni boleh mendekatkan dengan zina. Tapi kan kalau kita tak luahkan perasaan yang kita berkenan dekat seseorang, macam mana sidia nak tahu? kalau gitu sampai ke sudah la tak dapat apa kan?

Berkawan tak semestinya perlu bercinta. Tak juga bermaksud perlu ucapkan I Love You, I Miss You etc. Sesi bertaaruf itu perlu! Tapi nak tak nak kena juga berterus terang yang kita ni suka dekat dia dan ingin menjadikan sidia yang halal untuk kita. Ni main main tarik tali memang sesiapa pun tak nak kat kita. Sudah tentu sidia jadi tak yakin dengan kita kalau kita buat camtu.



Bila dah luahkan pada sidia isi hati kita, walaupun kita tak ada apa apa declaration dengan sidia, tolonglah belajar jaga hati orang yang kita nak buat suami atau isteri tu. Jangan sesekali mainkan perasaan dia. Ye la, dah luahkan semua bagai pastu hati dia pulak berbolak balik. Mainan syaitan sungguh. Kalau rasa tak nak dengan sidia janganlah beri harapan atau approach dia kata nak kawan lebih jauh la nak masuk minang la nak bawa mak bapak kenal la blablabla. Sakit hati tau bila dibuat mcmtu! jadinya bila dah rasa sidia yang terbaik untuk kita, jangan sesekali beri peluang dan buka pintu hati kita untuk lelaki atau wanita lain.


Tetapi kita kena ingat satu perkara..
“Tanpa minat, suka dan sayang.. Kita tidak akan CINTA pada seseorang itu. Dan ingatlah juga, perasaan minat, suka dan sayang ini adalah perlu kita hamburkan sepenuhnya terhadap ALLAH sebelum kepada manusia..”







Kita berkenalan secara tak sengaja
adalah perancangan Allah...
Kita berkawan begitu lama bertahan persahabatan kita pun
Allah yang rancang..
kita dikurniakan rasa suka antara satu sama lain juga
... Allah yang beri..
kita masih bersama walau banyak dugaan menimpa,
Allah yang aturkan..
kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan juga kerana
Allah sayang pada kita..

kita berjauhan untuk mencapai redhaNya juga
Dia yang rancang...
kita berdoa untuk kebahagiaan masing masing juga
Allah yang detikkan dalam hati kita..
dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan berkekalan
sehingga ke syurga atau terputus di tengah jalan juga
ALLAH yang akan tentukan...
jadi, usah risau..
andai kamulah jodoh yang ditetapkan Allah di Luh Mahfuz untuk saya...
InsyaAllah kita akan bertemu juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...

- Indahkan perancangan Dia -

Tuesday, 20 November 2012

Barang Hantaran Hunting!~

Off we go to Penang!


Last Saturday on 17 November we went to Penang Queensbay Mall for hantaran hunting. Saya dengan tunang ke sana dalam pukul 930 pagi dan kami sampai around 11 am. Ok we started our hunting dengan cari jam tangan dulu.

Jam Tangan
Awalnya saya cadangkan nak beli Bonia yang kat bawah ni

Cantik kan?

Tapi tunang saya kata mahal sangat. jadi kami shop hopping from one to another sampailah dia berkenan dengan satu jam ni. Apa lagi, terus belilah.. Hehehe! So hasilnya jam kat bawah ni jadi pilihan hati dia.

FOSSIL
Okla tu kan? Janji tali jam tu sama warna, coklat! :)

Shirt and Tie

Sebab saya ni peminat TEGAR Bonia kan jadi saya nak jugak baju dengan tie untuk hantaran ni beli brand yang sama. Hasilnya kat bawah ni.







Facial Wash Set

Alamakkkk.. terlupa la pulak nak tangkap gambar. But anyway, saya beli brand Loreal for men. Ada 6 barang kesemuanya dan harga pun not bad dalam RM120 sahaja.




 Beli dekat Penang barang ni je lah. Yang lain tu banyak jalan je kemudian sempatlah jugak pi tengok wayang. Haaaa, lupa pulak, kami sempat makan dekat Restoren yang famous tu, Kapitan! Sebab saya tak gemar sangat makan makanan mamak, so dia jela yang makan nasi briyani yang famous tu.Check it out!

Nasi Briyani Kapitan




Back to Ipoh!

Hantaran hunting belum habis lagi! Balik Ipoh sambung lagi. Tapi kali ni saya pergi sendiri. On 18 November 2012 saya ke Jusco Ipoh. Survey punya survey akhirnya dapatlah barang yang saya berkenan untuk tunang. Hasil 'tangkapan' saya kat bawah ni.. sila sila..


 Shoes

Bonia Shoes




Perfume Set

Paco Rabanne 1 Million

Tapi... sebelum kami beli barang kat Penang dengan Ipoh ni, saya ada jugak beli beberapa barang dekat Alamanda.. Antaranya cam kat bawah ni.



Bonia Belt

Bonia Cufflink and Tie Pin




Okla, setakat ni saja. nanti kalau ada barang lain yang dah beli, i'll update here! :)
Assalamualaikum peeps!

Monday, 19 November 2012

Amir Jahari - Tanpamu





Jom pakat dengar lagu ni! Best!!

Setiap kali dengar lagu ni akan teringat sidia!

Take care because I care about you!


Monday, 29 October 2012

Through The Looking Glass

Lip Gloss Vs Lipstick

When it comes to my lip's care hall of fame, CLINIQUE Chubby Stick are on my top list! 

Have you ever met Mega Melon? It’s a must-have, with its buttery, moisturizing formula and gorgeous, finely milled gold shimmer (actually tak da lah nampak sangat)I’m not kidding about that “buttery,” either: Chubby Sticks are amped up with shea, jojoba, and mango seed butter and also some others ingredients. A MUST TRY and HAVE in your beauty kit! =]



My Facial Care Regime

Step 1.. Step 2.. Step 3..

Ok, hari ni saya nak share tentang produk penjagaan kulit muka yang saya gunakan.Saya ni tak da lah jenis memilih sangat jenama skin care ni. Asal sesuai, saya rembat. Sebelum ni saya pernah je pakai produk Loreal, dan St Ives. Tapi outcome produk tu tak da la ok mana pun. Kulit camtu jugak. So, saya bertukar kepada produk CLINIQUE dan saya harus katakan disini, I'm 100% satisfied with the products!

Selamat mencuba!

Full set
Derma White Soap Bar
                                  
Gel cream moisturizer sesuai untuk oily face

Paling suka essence ni. Not oily at all!


Thursday, 25 October 2012

Tudung baru Fareeda!

Akhirnya dapat juga tudung FAREEDA..

Semalam saya dengan jaya dapat book tudung Fareeda ni dari reseller kat Ipoh ni. Fuhhhh.. susah betul nak dapat tudung ni, cepat benar orang booknya. Asal gambar tudung upload je terus dah kena book. So, semalam saya jalankan misi saya tenung FB reseller Ipoh ni tanpa henti. Akakaka.. By the time dia upload je, sepantas kilat saya book! Zassss..Yeay, berjaya jugak beli tudung Fareeda ni. Ini adalah koleksi pertama saya.

Nasib baik reseller tu duduk Ipoh ja, malam semalam around 2000, kami jumpa dekat TESCO Ipoh sebelah Jusco tu. Saya dengan tunang saya, terpaksala dia teman. Hehe! Terima kasih Encik Khairul!!~ Anda memahami.. Oh, lupa nak cakap. Reseller tu nama dia Etty. Comel je orangnya tambah lagi dia pakai tudung Fareeda lagilah bertambah tambah comel. Saya rasakan, sesiapa yang pakai tudung Fareeda ni memang automatik muka jadi comel la. =]

Alhamdulilah, dapat jugak tudung yang diimpikan. Yang penting warna kegemaran ok. Esok pas setel reman nak pergi umah bakal mak dan pak mertua so bolehlah rasmikan tudung baru dengan baju kurung lama. Huhuhu!

                                                                              cantik kan? :)

Monday, 22 October 2012

Transfer Order!~~

Dari Mahkamah Tinggi Ipoh ke Mahkamah Majistret Ipoh

Assalamualaikum.

Awalnya saya memang tahu yang saya akan ditukarkan ke mahkamah lain tapi saya tak sangka pula ditukarkan hanya ke seberang jalan. Apa pun Alhamdulilah syukur pada Allah kerana mempermudahkan perjalanan karier saya selama ini.

Sebelum official TO keluar, saya ada dapat panggilan dari Palace of Justice (POJ) yang kata saya akan ditukarkan. jadi saya request kalau boleh nak balik kampung dekat Seremban. Masa tu orang POJ kata, mungkin boleh ke Butterworth atau Bukit Mertajam. So, dalam kepala otak saya duk fikir, alahai mesti kena kat belah belah Penang ni.

Seminggu sebelum TO keluar, POJ call sekali lagi dan kali ni dia bagi hint macam saya kena tukar dekat dekat Perak jugak. Huhu. Sekali bila keluar TO, tudiaaaaaa nama saya naik kat mahkamah depan ni ja. :)
Happy sangat! Sebab, After a long stormy and rainy days, Allah telah mula turunkan sedikit demi sedikit kegembiraan untuk saya. Syukran Ya Allah.

Saya janji akan jalankan tanggungjawab saya sebaik yang mungkin. Dengan penuh amanah dan dedikasi, InsyaAllah.



                                            Ipoh High Court